Teringatkah anda pada hari pertama ke sekolah? Pelbagai memori muncul.. mana tak pagi tak pagi lagi dah bangun jam 6. kalau dulu jam 6 pagi waktu semenanjung bermakna 5.30 pagi. . . Nak bangun awal subuh punyer ler liat. . . . sejukkkkkk! . . . Apa pun tetap teruja, hari pertama ke sekolah. Zaman tu seluar sekolah warna coklat dan baju putih, tahun 69. Dulu unifom sekolah berkanji bila seterika keras macam kulit pokok. . . ..angin subuh punyer sejuk pun boleh lalu . . . he he macam ' aircond '. Hangpa jangan gelak dah ler. gi sekolah plak naik terak askar beb! . . bapa dulu sojar.
Yang paling penting tentulah duit belanja.. bila mak bagi duit belanja, masa tuh 2 kupang kira 20 sen .. mak bekalkan air dan kuih. Mak kata ...'hang jimat duit tu'. Tu yang seronok bila sekolah, senyum selalu mana taknyer hari hari dapat duit belanja, kalau ikutkan sabtu ahad pun nak sekolah, biar 7 hari seminggu. Hal berbelanja kekadang belanja habis, kekadang simpan, bila ada lebih saya simpan dalam tabung. Dulu tabung di buat dari tanah liat. bentuk ikut binatang. . simpan lah sampai berat. tak tau berapa banyak. bila keluarkan, susun duit siling . . . .hui! rasa abih hati . . mana tak nyer bersusun duit siling sekupang, dua kupang, lima duit.. puas hati . . . tengok duit siling bersusun tinggi dan berangan lah masa tu. . dalam fikiran cuma 2 perkara, mainan dan mercun. Lain tarak.
Haaaa.. ceriter bab rayer nih paling seronok ...bukan aper .. melainkan meronda dari pagi sampai petang gi ke rumah rumah dalam kem...kutip duit raya. sampai beratlah poket masing masing. Dulu paling tinggi sekupang jer. . kalau dua kupang alamat kena serbu ler rumah makcik tu. . kekadang tu boleh memilih pulak 'Makcik kami nak duit rayer jer, makan tak nak ' dan pergi pun mesti ada team...he he kecik kecik dah demand....
Itulah kenangan zaman kanak kanak..dari kecik lagi kita dah tau apa yang kita NAK dan apa ANGAN ANGAN ( vision ) masing masing.. semua generasi sama cuma suasana berbeza ... Angan budak budak macam macam nak di beli tetapi kekadang hajat tak sempat pun, mak atau ayah akan kata ' biar lah mak/ayah simpankan '. kita pun ikut jerlahhh. . . .
Kini bila kita dah dewasa, dah berkeluarga ada tanggungan pulak tu, menabung tetap kita teruskan tapi bukan kerana angan angan lagi . . tapi kerana kita ada komitmen ada keperluan dan ada tanggungan.. kalau kita ambil mudah bermakna kita memperjudi kehidupan diri dan keluarga kita. Adakah kita nak berserah kepada nasib semata mata?. Takkanlah kita nak main lepas tangan je. kalau dulu zaman kanak kanak kita kuat berangan dan berkeinginan tinggi, kenapa bila dah dewasa kita ambil mudah ajer ! takkan sampai nak hidup roadtax duit tabungan anak pulak jadi sasaran . Alamak kalau camtu malu lar. . . . . . .
ok lah tuan puan . sdra sdri diharap ceriter ceriter lama tersebut dapat menjadi renungan kita bersama. . .
salam semua
0 comments:
Post a Comment