Sunday, September 28, 2008

merancang dana kewangan anak anda



Tahniah!... Hang dah jadi ayah. Anak lelaki atau perempuan... ?
Alhamdulillah ... semoga emak dan anak sihat... itu lah yang biasa kita ucapkan kepada rakan rakan kita apabila mereka mendapat cahaya mata. Lebih lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mendapat cahaya mata.
Betapa gembira...perasaan setiap individu apabila menerima cahaya mata. Mereka telah MERANCANG AWAL sejak anak dalam kandungan lagi. manakan tidak, bertemu dengan orang baru ...penyambung zuriat...pasti lah segala gala nya di utamakan dari pemilihan nama, pakaian dan peralatan bayi, sibuk lah mereka kesana kemari mencari di serata gedung hinggakan bersalin pun pilih hospital yang terbaik lebih lebih lagi hospital swasta.
Tetapi dalam banyak perkara ada juga yang terlupa untuk merancang dana kewangan hadapan untuk anak.
Berdasar pengalaman selama 8 tahun melibat diri dalam hal perancangan kewangan samaada Takaful atau Unit Amanah hanya segelintir ibu bapa yang terfikir untuk memulakan dana pendidikan anak di saat anak di lahirkan biasanya selang SEBULAN selepas dilahirkan . Ada yang mulakan ketika anak berusia 3 - 5 tahun..ada yang baru nak memulakan apabila usia anak dah masuk 10 ke 12 tahun. Dan ada yang tidak ambil peduli langsung hal ini atau tidak nampak kepentingan atau tidak mempercayai konsep merancang kewangan. ( akan saya jelas lagi dalam lain topik )
Cuba imbas kembali pada diri kita ...semasa belajar dahulu..bagi generasi yang berusia 40 tahun keatas .... isu kewangan dan kos tidak seketara berbanding dengan generasi masa kini terutama mereka yang meminjam untuk belajar terutama generasi PTPN.
ISU di sini adakah .....kemelut kewangan yang sama perlu anak anak kita hadapi apabila mereka akan melangkah ke IPTA atau IPTS 15, 20 atau 25 tahun lagi.
IANYA AKAN MENCENGKAM POKET KITA PADA MASA AKAN DATANG
Mahu atau tidak kita terpaksa lagi meminjam untuk mereka ketika usia kita hampir bersara, sudahlah kos SARA HIDUP hampir 2 kali ganda dari sekarang akibat inflasi. Anak anak pula seorang demi seorang akan mula ke Universiti. Apakah kesudahan nya? Kealpaan kita untuk merancang untuknya bukan sahaja kita berada dalam kesusahan pada usia hampir bersara tetapi yang malang kita telah menutup peluang untuk anak kita berjaya. Kita terlepas pandang untuk memulakan akaun dana pelajaran untuk mereka sejak mereka masih bayi.
Adakah kos untuk membiayai pelajaran anak anak kita 15 atau 20 tahun lagi. sama dengan jumlahnya hari ini ?. Kalau di ambil kira kaedah formula PV=FV
jika hari ini di IPTA pinjaman RM30000... sudah pasti 15 atau 20 tahun lagi menjangkau RM60000...ini tidak mengambil kira bidang kursus samaada di IPTA atau IPTS.
Dalam konteks merancang masa depan yang melibat kewangan .... faktor adalah MASA penting.
Cuba kita renung kembali... hari ini kita sihat , esuk ! lusa! 3 tahun lagi, 5 tahun....10...15...20...tahun lagi....adakah kita sentiasa sihat seperti hari ini. Adakah kita mempunyai "INDICATOR" yang boleh memberitahu keadaan kesihatan kita akan datang. Jika ya. ... konsep perancangan hadapan tidak lagi relevan. tetapi diri kita makin tua "AGEING FACTOR" menafikan keadaan diri kita. jika kita sebagai tunggak ekonomi keluarga telah tidak boleh bekerja di sebabkan kesihatan tidak mengizinkan lagi, sumber pendapatan telah hilang, sedangkan anak anak masih di bawah tanggungan. Apakah alternatif yang kita ada.
Since we couldnt predict what will happen to us in future..to counter the risk is to plan. "IF WE FAILED TO PLAN ... THATS MEAN WE PLAN TO FAILED."
Agak malang nasib si Anak apabila beliau dewasa kemudian hari ... dengan SPM 20A sekalipun tiada makna lagi ....kerana faktor kewangan menghalang nya untuk berjaya dalam kehidupan.
mungkin ada yang berkata money is not everything...betul!! but u need money for anything.....
Insyaallah akan kita bincang aspek perancangan kewangan pada lain masa.
Salam

Thursday, September 25, 2008

SALAM AIDIL FITRI

tidak lama lagi kita akan menyambut hari lebaran, cuti panjang dan ramai akan pulang ke kampung. bertali aruslah kenderaan ke utara, selatan, timur dan barat. yelah raya setahun sekali. masing masing telah merancang cuti. dalam kita ghairah untuk menyambut hari raya pelbagai persediaan telah di buat.
tetapi apa yang penting, keselamatan sebelum persediaan perjalanan, dalam berseronok nak pulang ke kampung pastikan kenderaan telah di serviskan terutama ciri keselamatan kenderaan.
pastikan juga cukai jalan dan insuran kenderaan masih berkuat kuasa. ada juga di kalangan kita ambil mudah perkara ini. sebelum bergerak ke destinasi singgahlah sebentar di mana mana balai terdekat.... kenapa ya! . ramai juga yang tidak perihatin tinggalkan rumah dengan tidak melapur diri ke balai terdekat, apa salah nya singgah sebentar dan lapur diri anda di balai polis berhampiran, tinggalkan nama, ic, no telepon, alamat rumah, alamat destinasi ...kan rasa tenteram sebelum kita meninggalkan rumah.
rancanglah masa perjalanan jgn lah tergesa gesa. ambil masa rehat dulu..dan dalam perjalanan singgahlah mana mana RNR bila rasa keletihan.
yang penting kita sampai biar lambat asal selamat. ok lah tuan puan SELAMAT HARI RAYA semoga anda semua selamat sampai ke destinasi masing masing.
salam syawal dari saya.

Wednesday, September 24, 2008

Facebook | Azahari Bin Khuzaifah

Facebook Azahari Bin Khuzaifah