Thursday, September 25, 2008

SALAM AIDIL FITRI

tidak lama lagi kita akan menyambut hari lebaran, cuti panjang dan ramai akan pulang ke kampung. bertali aruslah kenderaan ke utara, selatan, timur dan barat. yelah raya setahun sekali. masing masing telah merancang cuti. dalam kita ghairah untuk menyambut hari raya pelbagai persediaan telah di buat.
tetapi apa yang penting, keselamatan sebelum persediaan perjalanan, dalam berseronok nak pulang ke kampung pastikan kenderaan telah di serviskan terutama ciri keselamatan kenderaan.
pastikan juga cukai jalan dan insuran kenderaan masih berkuat kuasa. ada juga di kalangan kita ambil mudah perkara ini. sebelum bergerak ke destinasi singgahlah sebentar di mana mana balai terdekat.... kenapa ya! . ramai juga yang tidak perihatin tinggalkan rumah dengan tidak melapur diri ke balai terdekat, apa salah nya singgah sebentar dan lapur diri anda di balai polis berhampiran, tinggalkan nama, ic, no telepon, alamat rumah, alamat destinasi ...kan rasa tenteram sebelum kita meninggalkan rumah.
rancanglah masa perjalanan jgn lah tergesa gesa. ambil masa rehat dulu..dan dalam perjalanan singgahlah mana mana RNR bila rasa keletihan.
yang penting kita sampai biar lambat asal selamat. ok lah tuan puan SELAMAT HARI RAYA semoga anda semua selamat sampai ke destinasi masing masing.
salam syawal dari saya.

0 comments: