Saturday, November 29, 2008

ikhlas education takaful classic

salam sejahtera,

KENAPA MENABUNG PENTING UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK KITA?

kita telah berjaya mencapai tahap kehidupan yang
selesa hari ini, berjaya dalam kerjaya dan juga dalam membina keluarga sudah pasti kita mahukan perkara yang sama untuk anak anak kita, melihat masa depan mereka terjamin.

BILA PERLU MULA?
Apabila doktor memberitahu berita gembira pada anda..itulah permulaan anda merancang dana untuk mereka. Apabila anak anda di lahirkan jadikan DANA PENDIDIKAN SEBAGAI HIBAH ( HADIAH ) hadiah buat mereka sebagai simbol kasih sayang.

DI MANA PERLU MENABUNG?
menabung boleh dilakukan di mana. tak kira samaada di BANK, KOPERASI, SAHAM AMANAH, TABUNG TABUNG AWAM SEPERTI TABUNG HAJI, " FIXED DEPOSIT " ATAU DI TAKAFUL.

APA KAH KELEBIHANNYA MENABUNG DI TAKAFUL?
konsep menabung melalui takaful bertujuan untuk menyediakan sejumlah wang untuk anak tersebut jika si anak itu sendiri di timpa penyakit kritikal atau kemalangan dan juga memastikan masa depan anak terjamin dari sudut tabungan hadapan untuk membiayai pelajaran nya jika di takdirkan kita ibu atau bapa di timpa musibah kemalangan atau penyakit yang menyebabkan kematian, cacat kekal atau menghadapi penyakit kritikal.

MASIH ADA DI KALANGAN KITA AMBIL MUDAH DALAM HAL HAL MASA DEPAN ANAK TERUTAMA PERANCANGAN KEWANGAN HADAPAN.
persoalan? sebagai ibu bapa apakah yang kita
tinggalkan untuk si anak jika di takdirkan kita sendiri di timpa kemalangan atau tiba tiba jatuh sakit yang menjurus kepada kecacatan kekal, kematian atau penyakit kritikal?

ramai di kalangan kita berfikiran pasif dan negatif " sikap tak apa, serah pada takdir, nanti dulu, tak percaya melulu, bermentaliti sabsidi dan suka berhutang " adalah penyebab kenapa masih ramai dari kalangan orang melayu apabila dalam aspek merancang kewangan hadapan kita ketinggalan termasuk lah dalam menyediakan dana pelajaran hadapan.
kehidupan hadapan penuh persaingan dan adakah kita mahu taraf hidup anak kita lebih baik dari kita atau sama taraf dengan apa yang kita capai atau taraf kehidupan mereka lebih rendah dari kita.
merancang secara takaful memberi kelebihan selain dana pelajaran terjamin hal hal yang melibat kos kos rawatan atau pampasan untuk si anak itu sendiri tersedia, bayangkan anak yang kita pelihara sejak kecil di timpa penyakit kritikal atau kemalangan. sudah pasti akan berlaku trauma pada kita...tekanan emosi akan berlaku tetapi tekanan kewangan akan lebih menekan lagi. bayangkan mereka cacat kekal apakah jaminan msa depan mereka...kita akan tua tetapi mereka akan membesar dengan hilang upaya, mampukah kita menyediakan dana persediaan untuk mereka atau...
anak kita menghadapi penyakit kritikal yang memerlukan dana rawatan yang tinggi apakah kita mempunyai persediaan kewangan pada masa itu rm 10000..rm20000..tau rm 50000.
kita perlu juga tahu kos pelajaran akan datang juga akan meningkat 2 atau 3 kali ganda dari sekarang. sanggupkah kita berhutang pada hari tua nanti rm 50000 atau rm70000 untuk memastikan mereka berpeluang untuk meneruskan pengajian di universiti. persoalan nya layak kah kita untuk mendapat pinjaman pada masa itu dan berkemampuan kah kita menanggung hutang di hari tua?
dan ada juga di kalangan kita masih mengharap kerajaan untuk membiayai dana pelajaran atau mengharap sabsidi kerajaan, sudah tiba masa nya sikap dan mental sabsidi di kikis dari fikiran kita, kita tidak boleh lagi mengharap kepada sesiapa. dasar kerajaan pun akan berubah. hari ini meritokrasi jadi ukuran hanya yang cemerlang di utamakan. kita tidak mahu apabila tiba masanya anak akan ke universiti, kelayakan ada tapi dana tiada. kita tidak mahu nanti anak kita berkata:
" abah, man tau abah tiada wang..takpalah biar man kerja dulu...bila dah ada duit man akan sambung sendiri"
pasti sedih ya tuan puan. anak cemerlang tapi tak berpeluang untuk menyambung pelajaran. dengan keputusan SPM 15 A dia hanya boleh bekerja kilang atau sekadar menjadi kerani itu pun perlu bersaing untuk mendapat kerja.
tuan puan 10 15 atau 20 tahun lagi suasana kehidupan berubah, suasana sosial, ekonomi dan politik tak akan sama seperti hari ini . kita akan tua pada masa itu,kita hanya boleh melihat sahaja, persoalan nya adakah taraf kehidupan mereka lebih baik dari kita. RENUNGKAN DAN FIKIRKAN

0 comments: